KISAH PARA SAHABAT
Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif
Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t.,
Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri
disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup
mereka.Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang lainnya mencuba dengan sedaya
upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda s.a.w
dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudara Baginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib
tidak memeluk agama Islam.
Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk
memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz,
terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia
dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian
memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak
Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak
menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda
s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w
tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi
tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka
risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak
mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan
mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w
kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani
secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan
dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian
daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang
mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal
ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang
kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan
sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang
kasar.
Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan:
"Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah
melantik kamu menjadi PesuruhNya?"Kata
seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah
memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?"Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya
demikian: "Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin
bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan
bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku
bercakap-cakap dengan engkau."
Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan
hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi
Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w.
berasa hampa dan gagal barang sedikit jua pun. Selepas meninggalkan
pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba
menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w
menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar
dalam Taif. Apabila Baginda s.a.w menyedari yang
usahaBaginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang
diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan
hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka
melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik,mengejek,mengacau dan
melemparinya dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:
" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan
daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang
Maha Rahim kepada sesiapa Engkau
menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga
yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku
tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya
mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit
dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan
dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas
diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada
Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan
dengan Engkau"
Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah
s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui
Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya
berkata:" Allah s.w.t..
mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung
ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."
Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan
perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung
disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua
belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang
selayaknya diterima oleh orang-orang ini."
Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad
s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun
berkata:"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan
kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka,
pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t..
dan berbakti kepadaNya."
Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan
oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang
kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam
urusan hidup kita sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak
dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan
terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak
bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaa ditangan
penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya
berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi
mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas
walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.
KESYAHIDAN ANAS BIN NADHR
Anas bin Nadhr ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak mengambil bahagian
dalam peperangan Badar. Dia berasa kesal kerana
tidak menyertai peperangan tersebut. Oleh hal yang demikian dia senantiasa
menanti-nanti peluang untuk menyertai peperangan untuk menebuskan apa yang
dianggapnya suatu kerugian bagi dirinya. Kesempatan yang dinanti-nantinya
itupun tibalah apabila berlaku perang Uhud pada tahun yang berikutnya. Anas pun
dengan serta merta menyertai tentera Muslimin dengan semangat kejihadan yang
tulin maju kemedan pertempuran. Sungguhpun bala tentera yang dihadapi mereka
berkali-kali ganda banyaknya namun tentera Muslimin sedang mengatasi pihak
musuh. Tiba-tiba berlaku suatu kesilapan.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar sepasukan
pemanah-pemanah yang terdiri daripada 50 orang untuk menguasai tentera berkuda
pihak musuh yang mungkin menyerang tentera Muslimin dari belakang. Mereka
diperintahkan supaya menetap diatas sebuah bukit dibelakang tentera Muslimin
selagi mereka tidak menerima arahan daripada Nabi
Muhammad s.a.w. sendiri menyuruh mereka berundur dari situ. Tetapi
mereka ini telah mengingkari arahan Baginda s.a.w. Apabila
mereka lihat askar-askar musuh lari lintang pikang, diburu oleh Mujahid-Mujahid
Islam, mereka menyangka yang kemenangan telah pun tercapai lantas meninggalkan
tempat mereka sambil berkejar-kejaran untuk mendapatkan harta rampasan. Yang
tinggal diatas bukit itu hanyalah ketua mereka dan beberapa orang yang masih
taat. Apabila dilihat oleh pemimpin tentera mushrikin yang bukit itu telah
terdedah, dia pun mengerah pasukannya menyebu dan membunuh tentera panah
Muslimin yang masih bertahan diatasnya dan melancarkan serangan balas terhadap
tentera muslimin dari belakang ketika mereka sedang asyik mengumpulkan tentera
rampasan.Dalam keadaan kelam kabut inilah Anas terpandang kepada Saad bin Maaz
yang sedang melalui hadapannya. Dia memekik mengatakan:"Ya Saad! Kemana
engkau? Demi Allah! Aku mencium bau Syurga yang
datangnya dari Jabal Uhud".
Dengan berkata demikian dia pun menerkam musuh lalu menentang mereka
habis-habisan sehingga dia gugur sebagai Syahid dimedan peperangan. Apabila
badannya yang berlumuran darah itu diperiksa terdapat tidak kurang dari 80 liang
luka semuanya.Tidak ada siapa yang dapat mengenalinya melainkan saudara
perempuannya sahaja. Orang yang berjihad dijalan Allah
s.w.t.. dengan penuh keikhlasan dan kejujuran akan mengecap nikmat
syurga didunia ini dan diakirat. Demikianlah hal keadaannya dengan sahabat Anas
bin Nadhr.
PERDAMAIAN HUDAIBIYAH DAN KISAH ABU JANDAL DAN
ABU BASIR
Pada tahun Hijrah yang ke enam, Rasulullah
s.a.w. dan para sahabatnya telah bertolak keMekah untuk mengerjakan
Umrah. Berita mengenai Baginda s.a.w. telah
sampai kepengetahuan puak Khuraish, mereka pun bersiap sedia untuk menghalang
kemasukan Nabi Muhammad s.a.w Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang berjumlah 1400 orang semuanya
dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar berazam hendak merempuh masuk
keMekah walaupun perbuatan ini akan melibatkan pertempuran secara terbuka
tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak bersependapat
dengan mereka. Selepas berfikir sedalam-dalamnya, Baginda
s.a.w. memutuskan hendak membuat perjanjian dengan pihak Khuraish serta
menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh mereka seluruhnya.
Perjanjian yang berat sebelah ini menghampakan perasaan sabahat-sahabat Baginda s.a.w. tetapi kepatuhan dan taat setia mereka
kepada Baginda s.a.w. tidak membenarkan mereka
menyuarakan bantahan mereka terhadap perjanjian yang tidak adil ini. Pahlawan
Islam yang seberani-beraninya seperti Umar pun terpaksa tunduk kepada keputusan
yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w
Mengikut salah satu daripada syarat-syarat perjanjian ini orang-orang Khuraish
yang menyerah diri kepada pihak orang Muslimin mesti dikembalikan kepada
Khuraish sedangkan orang-orang Islam yang menyerah diri kepada pihak Khuraish
tidak akan dikembalikan kepada kaum Muslimin.
Abu Jandal, seorang pemeluk agama Islam sedang menerima penyiksaan yang
dahsyat ditangan Khuraish. Apabila ia mendengar yang Nabi
Muhammad s.a.w sedang berkhemah diHudaibiah, dia pun melepaskan dirinya
lalu lari ketempat perkhemahan Nabi Muhammad s.a.w
pada masa Perdamaian Hudaibiah hendak ditantangai. Ayah Abu Jandal,Suhail, yang
ketika itu belum lagi memeluk Islam menjadi jurucakap bagi pihak Khuraish dalam
perundingan mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk
merangka butir-butir Perdamaian Hudaibiah. Dia menempeleng anaknya Abu Jandal
serta memaksanya balik keMekah. Oleh kerana peristiwa ini berlaku ketika
Perdamaian Hudaibiah belum berkuatkuasa lagi, Nabi
Muhammad s.a.w berpendapat yang perkara perlarian Abu Jandal kepihak
Muslimin tidak tertakluk dibawah perjanjian itu, tetapi ayah Abu Jandal menolak
hujah-hujah yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Penderitaan Abu Jandal ini menyayatkan hati para sahabat, tetapi apakan
daya oleh kerana inginkan perdamaian Nabi Muhammad
s.a.w terpaksa menyerahkannya kembali kepada pihak Khuraish sambil
menyampaikan kata-kata penawar yang berikut:"Janganlah hendaknya kamu
bermuram durja, wahai Abu Jandal. Allah s.w.t. sudah
tentu akan membuka jalan buat kamu."
Selepas Perdamaian Hudaibiah ditandatangai dan selepas kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah, seorang lagi penduduk
Mekah yang beragama Islam telah melepaskan dirinya ke Madinah untuk mendapat
perlindungan Nabi Muhammad s.a.w. Orang ini
bernama Abu Basir. Permintaan orang yang kedua ini pun terpaksa ditolak oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana menghormati Perdamaian
Hudaibiah itu.Apabila tiba dua orang wakil puak Khuraish untuk membawanya
pulang, ia pun diserahkan kepada orang-orang itu, tetapi sempat juga Nabi Muhammad s.a.w menasihatinya supaya bersabar dan
mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.
Dalam perjalanan ke Mekah, Abu Basir telah menggunakan helah untuk
melepaskan diri. Kata Abu Basir kepada salah seorang daripada pengawal-pengawal
itu:"Kawan, bagus sungguh pedang kamu itu."Setelah pedangnya dipuji
demikian rupa, orang itu pun berasa bangga lalu menghunuskan pedangnya sambil
berkata:"Betul kata kau. Pedang ini bagus dan aku telah mencubanya keatas
beberapa orang manusia. Nah, tengoklah kalau awak hendak."
Sebaik sahaja pedang tiba ketangannya, Abu Basir pun membunuh orang itu.
Melihat apa yang telah berlaku, pengawal yang seorang lagi cabut lari ke
Madinah untuk melapurkan kejadian tadi kepada Nabi
Muhammad s.a.w Sementara itu Abu Basir sendiri telah tiba dihadapan Nabi Muhammad s.a.w Katanya kepada Nabi Muhammad s.a.w"Ya Rasulullah,
tuan telah kembalikan saya untuk menunaikan janji-janji tuan kepada kafir-kafir
Khuraish itu, tetapi saya sendiri tidak ada apa-apa yang hendak ditunaikan.
Saya tidak berjanji, Saya melepaskan diri kerana takut kalau-kalau mereka
merosakkan keimanan saya"
Sahut Nabi Muhammad s.a.w"Kamu dengan
secara tidak sedar sedang menyalakan apa peperangan. Tentu aku berasa suka
kalau engkau dapat diberi pertolongan."
Dari kata-kata Nabi Muhammad s.a.wAbu
Basir berpendapat yang dia akan diserahkan kepada kafir Mushrikin sekiranya
mereka membuat rayuan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh yang demikian dia pun meninggalkan Madinah lalu menuju ke sebuah tempat
dipadang pasir berdekatan dengan pantai. Tidak lama kemudian Abu Jandal pun
menyertainya setelah melepaskan dirinya dari puak Khuraish. Bilangan mereka
telah meningkat apabila lebih banyak orang perlarian Islam yang terlepas dari
puak Khuraish menyertai mereka. Ditempat persembunyian mereka ini, mereka telah
menghadapi penderitaan hidup yang maha hebat tetapi oleh kerana tidak tertakluk
kepada Perjanjian Hudaibiah, mereka telah mengganggu khalifah-khalifah Khuraish
yang berlalu lalang berdekatan dengan tempat persembunyian mereka. Demikianlah
hebatnya gangguan-gangguan yang mereka jalankan sehinggan puak Khuraish
terpaksa menemui Nabi Muhammad s.a.w dan merayu
kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya berusaha
memberhentikan gangguan-gangguan itu.
Mengikut cerita Abu Basir sedang menghadapi maut ditempat tidurnya apabila
surat kiriman Nabi Muhammad s.a.wsampai
ketangannya. Dalam surat itu Nabi Muhammad s.a.w
telah membenarkan ia kembali ke Madinah. Dia meninggal sambil memegang surat
yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Demikianlah kisah yang menunjukkan kekuatan iman seorang hamba Allah s.w.t. Tidak ada suatu kuasa pun dipermukaan
bumi ini yang dapat merosakkan keimanan seseorang asal saja keimanan itu
merupakan keimanan yang sejati. Allah s.w.t. tetap
akan menolong orang yang benar-benar beriman denganNya.
BILAL DAN PENDERITAANNYA
Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia
merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba
Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan
kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa
perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki
Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu
besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan
kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal:"Tinggalkanlah agamamu.
Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak."
Bilal menjawab dengan berkata:"Ahad"-(Tuhan Yang Esa)-"Ahad-(Tuhan
Yang Esa)."
Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada
waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas. Tuannya berharap
yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya.
Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu
Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir.
Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai
seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan
dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota
Madinah.
Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad
s.a.w. dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad
s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak
melawatku?"
Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk
berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain,
cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia
berazan.Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila
suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun
tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana teringat zaman
keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad s.a.w. Sekali lagi Bilal telah
meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun
Hijiriah yang ke dua puluh.
ISLAMNYA ABUZAR GHIFARI
Abuzar Ghifari merupakan seorang sahabat c yang
terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan dan kesalehannya.Kata Ali
r.a.hu.: "Abuzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tak
dapat diperolehi oleh orang lain"
Apabila ia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., dia telah menghantar saudara laki-lakinya
untuk menyiasat dengan lebih mendalam mengenai orang yang mendakwa menerima
berita dari langit.Setelah puas menyiasat, saudaranya pun melapurkan kepada
Abuzar yang Nabi Muhammad s.a.w. itu seorang
yang bersopan-santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibaca kepada
manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair. Lapuran yang
disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abuzar. Dia sendiri keluar untuk
mencari kenyataaan. Setibanya di Mekah, dia
terus ke Baitul Haram.
Pada masa itu dia tidak kenalNabi Muhammad s.a.w. dan
memandangkan keadaaan pada masa itu dia berasa takut hendak bertanya darihal Nabi Muhammad s.a.w.Apabila menjelang waktu malam, dia
dilihat oleh Ali r.a.hu. Oleh kerana dia seorang musafir Ali r.a.hu terpaksa
membawa Abuzar kerumahnya dan melayani Abuzar sebaik-baiknya sebagai tetamu.
Ali r.a.hu tidak bertanya sesuatu apa pun dan Abuzar bagi pihak dirinya pun
tidak memberitahukan Alitentang maksud kedatangannya ke Mekah. Pada keesokan harinya Abuzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abuzar gagal menemui Nabi Muhammad s.a.w. kerana pada masa itu orang-orang ISLAM sedang diganggu hebat oleh kafir-kafir musrikin.
Bagi malam yang keduanya Ali r.a.hu membawa Abuzar kerumahnya. Pada malam yang
kedua ini pun Ali r.a.hu tidak bertanya hal Abuzar, tetapi pada malam ketiga
Ali r.a.hu bertanya:"Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota
ini?"
Sebelum menjawab, Abuzar meminta Ali r.a.hu berjanji supaya bercakap
benar. Kemudian ia pun bertanya kepada Ali r.a.hu tentang Nabi Muhammad s.a.w. Ali r.a.hu berkata sebagai
menjawab soalan Abuzar:"Dia sesungguhnya PESURUH ALLAH. Esok engkau ikut
saja aku dan aku akan membawa kamu menjumpainya. Tetapi awas bencana yang buruk
akan menimpai kamu kalau perhubungan kita ditahui orang. Semasa berjalan esok
kalau aku dapati bahaya mengancam kita aku akan berpisah agak jauh sedikit
daripada kamu dan berpura-pura membetulkan kasutku, tetapi engkau terus
berjalan supaya orang tidak mensyaki perhubungan kita."
Pada esoknya itu Ali r.a.hu pun membawa Abuzar bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa banyak soal-jawab, dia
telah memeluk agama ISLAM. O;eh kerana takut
kalau-kalau dia diapa-apakan oleh pihak musuh, Nabi
Muhammad s.a.w. pun menasihatinya supaya lekas balik dan supaya jangan
mengistiharkan pengislaman di khalayak ramai, tetapi Abuzar dengan berani
menjawab:"Ya Rasulullah, aku
bersumpah dengan Allah yang jiwaku ditanganNya bahawa aku akan mengucap KALIMAH
SYAHADAH dihadapan kafir-kafir musyirikin itu."
Janjinya pada Nabi Muhammad s.a.w.
ditepatinya. Selepas ia meninggalkan Bagimda dia
mengarahkan langkahnya ke Baitul Haram dimana dihadapan kaum musyrikin dan
dengan suara yang lantang dia telah mengucapkan DUA
KALIMAT SYAHADAH
"AKU MENYAKSIKAN YANG
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN AKU MENYAKSIKAN YANG MUHAMMAD ITU PESURUH
ALLAH."
Apatah lagi, demi didengarinya ucapan Abuzar itu, orang-oarang kafir pun
menyerbuinya lalu memukulnya. Kalau tidaklah kerana Abbas, (ayah saudara Nabi Muhammad s.a.w. yang ketika itu belum memeluk
agama ISLAM ) Abuzar sudah tentu menemui
ajalnya.Kata Abbas kepada kafir-kafir musyirikin yang menyerang
Abuzar:"Tahukah kamu siapa orang ini? Dia ialah dari puak Ghifar.
Khalifah-khalifah kita yang berulang alik ke Sham terpaksa melalui perkampungan
mereka. Kalaulah ia dibunuh, mereka sudah tentu akan menghalang perniagaan kita
dengan Sham."
Pada hari yang berikutnya Abuzar sekali lagi mengucap DUA KALIMAT SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Quraish dan
pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.Keghairahan Abuzar mengucap
DUA KALIMAH SYAHADAH dihadapan kafir-kafir
Khuraish sungguh-sungguh luar biasa kalau dikaji dalam kontek larangan Nabi Muhammad s.a.w. kepadanya. Apakah dia boleh
dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi
Muhammad s.a.w.
Jawabnya-TIDAK. Dia tahu yang Nabi Muhammad s.a.w. sedang mengalami penderitaan yang
berbentuk gangguan dalam usahanya kearah menyibarkan agama Islam. Dia hanya hendak mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. walaupun dia mengetahui dengan
berbuat demikian dia mendedahkan dirinya kepada bahaya. Semangat keislaman yang
sebeginilah yang telah membolehkan para sahabat mencapai puncak kejayaan dalam
alam lahiriah serta batiniah. Keberanian Abuzar ini sudah selayaknya dicontohi
oleh umat Islam dewasa ini didalam rangka usaha
mereka menjalankan dakwah Islamiah. Kekejaman,
penganiayaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang
telah mengucapkan Dua Khalimah Syahadah.
PENDERITAAN KHABBAB BIN ALARAT
Khabbab ialah seorang manusia yang telah banyak berkorban kerana agama
yang telah dianutinya. Dia awal-awal lagi telah memeluk agama Islam dan oleh
yang demikian penderitaan yang ditanggungnya pun agak lama juga. Dia telah
dipaksakan memakai baju besi dan disuruh berbaring dipasir, mendedahkan
badannya pada panas matahari yang terik hingga kulitnye mengelupas. Khabbab
adalah seorang hamba abdi kepada seorang perempuan. Apabila diketahui oleh si perempuan
tadi yang dia sering melawat Nabi Muhammad s.a.w
kepalanya diselar dengan panas yang merah membara.
Umar r.a.hu semasa beliau menjadi Khalifah telah bertanya kepaha Khabbab
tentang penderitaannya dikala mula-mula menganuti agama Islam dahulu. Sebagai
menjawab dia menunjukkan parut-parut luka dibelakang badannya. Kata
Umar,"Aku tidak pernah melihat belakang badan yang sedimikian rupa."
Melanjutkan ceritanya dia mengatakan yang dia telah diheret diatas suatu timbunan
bara api sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya memadamkan
bara-bara api itu. Apabila agama Islam telah merebak ke merata-rata tempat,
Khabbab sering duduk menangis sambil berkata:"Nampaknya Allah s.w.t. sedang memberi ganjaran bagi segala penderitaan
yang kita alami. Mungkin di akhirat nanti tidak ada ganjaran yang bakal kita
terima."
Khabbab bercerita:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah
mengimami kami dalam sembahyang. Rasulullah s.a.w
telah memanjangkan suatu rakaat. Diakhir sembahyang itu kami bertanya tentang
rakaat yang panjang tadi. Rasulullah s.a.wmenjawab:"Saya
telah membuat tiga permintaan kepada Allah s.w.t..
Saya berdoa:"Ya Allah, janganlah hendaknya
ummatku mati kerana kebuluran, janganlah hendaknya ummatku dihapuskan oleh
musuh dan janganlah hendaknya mereka berkelahi sesama mereka"."Allah s.w.t.. telah menunaikan hanya dua permintaanku
yang pertama."
Khabbab telah meninggal dunia apabila usianya meningkat tiga puluh tujuh tahun.
Dia merupakan sahabat yang pertama sekali dikebumikan di Kufah. Pada suatu
ketika apabila Ali r.a.hu melalui pusaranya beliau pun berkata:"Moga-moga Allah s.w.t. memberkhati dan melimpahkan rahmatNya keatas Khabbab. Dia telah memeluki Islam dengan
segala senang hati dan telah menumpukan segala tenaganya semasa ia hidup untuk
berusaha dijalan Allah, walaupun dengan berbuat
demikian dia menderita kesusahan. Berbahagialah orang yang sentiasa mengingati
hari Kiamat, yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi perhitungan diAkhirat
nanti, yang berpuas hati dengan hidup berdikit-dikit didunia ini dan yang
perbuatannya mendatangkan keridhaan tuhan."
Keridhaan Allah s.w.t.lah yang menjadi
matlamat tunggal perjuangan hidup para sahabat semuanya. Semoga kita semua juga
akan mendapat keridhaan Allah s.w.t.
AMMAR DAN IBUBAPANYA
Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin
yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas
batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah
s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad
s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar
gembira mengenai syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah
menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati
dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun
disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang sahid kerana
mempertahankan agama.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak
berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan
dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat
diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan dengan batu-batu
yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu
pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui
kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."
Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil
susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau
yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur.
Pada masa itu dia berusia sembilan puluh empat tahun.
ISLAMNYA SOHAIB
Sohaib dan Ammar memeluk Islam pada waktu yang sama. Pada masa itu Nabi Muhammad s.a.w. tinggal ditempat kediaman Arqam.
Mereka datang secara berasingan untuk memeluk agama Islam dan telah bertemu
dipintu rumah Arqam. Sohaib seperti Ammar telah menderita akibat
penyiksaan yang diterima ditangan pemusuh-pemusuh Islam. Akhirnya dia
memutuskan hendak berhijrah ke Madinah.Kafir-kafir Quraish tidak mahu dia
berbuat demikian lantas menghantar suatu gerombolan untuk memaksanya balik ke
Mekah.Sebaik-baik sahaja kafir-kafir musyrikin itu mendekatinya, dia memekik
kepada mereka:"Kamu semua tahu yang aku ini pemanah yang lebih handal
daripada kamu. Selagi ada anak panah pada ku selama itulah kamu tidak dapat
menghampiri aku. Apabila habis anak panah ku aku akan menggunakan pedang aku
pula. Kalau kamu suka pergilah ambil wangku yang kutinggalkan di Mekah dan dua
orang sahaya perempuanku sebagai penebusan diriku."
Mereka bersetuju. Dia pun memberitahu tempat dimana wangnya disimpan.
Selepas itu dia meneruskan perjalanannya ke Madinah. Berkenaan dengan perbuatan
Sohaib ini Allah s.w.t. telah menurunkan ayat
yang berikut kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
bermaksud:
"Dan dari antara
manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keridhaan Allah dan Allah itu amat penyayang kepada hamba-hambaNya."
Pada ketika menerima ayat ini Nabi Muhammad
s.a.w.. berada di Qubo. Apabila dilihatnya Sohaib, Baginda s.a.w. pun berkata: "Penjualan yang baik
sungguh, Sohaib."
ISLAMNYA UMAR
Umar r.a.hu selepas ia memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan orang-orang
Islam dan musuh ketat kafir-kafir musyrikin tetapi sebelum itu dia menentang
Nabi Muhammad s.a.w. dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam. Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada
suatu hari mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka
supaya membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
Umar telah tampil kehadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan pembunuhan
itu. Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu berkata serentak"Ya,
engkaulah yang dapat melakukannya,Umar!"
Dengan pedang yang bergantungan dilehernya, Umar pun mengarahkan langkah menuju
ketempat kediamanNabi Muhammad s.a.w. Dalam
perjalanannya ia telah menemui Saad bin Abi Waqqas. Saad berkata: "Kemana
kau, Umar?"Umar menjawab: "Aku hendak pergi menamatkan riwayat hidup Nabi Muhammad " Saad: "Kalau begitu Banu
Hashim, Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindakan
balas."Umar(gelisah dengan amaran itu) berkata: "Nampaknya kau juga
telah meninggalkan agama nenek moyang kau. Biar aku kerjakan kau dahulu."
Umar dengan serta merta menghunus pedangnya. Sambil mengistiharkan pengislamannya
Saad juga berbuat demikian. Sebelum bertarung dengan Umar sempat juga
berkata:"Lebih baik kau menguruskan rumahtangga kau dahulu. Saudara
perempuan kau dan iparkau, kedua-duanya telah memeluk agama Islam"
Kemarahan Umar ketika mendapat cerita itu tak dapat diceritakan lagi.
meninggalkan Saad, dia menggerakkan langkahnya kearah rumah saudara
perempuannya. Setibanya dirumah itu dia dapati rumah itu telah berkunci dari
dalam. Sambil mengetuk-ngetuk pintu itu dia menjerit dengan sekuat tenaga
kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka. Mendengar suara Umar, Khabbab telah
lari bersembunyi meninggalkan masyaf-masyaf Quran
yang sedang mereka baca. Apabila pintu dibuka Umar dengan cepat menempeleng
saudaranya sambil berkata:"Hai pengkhianat dirimu sendiri, engkau juga
telah meninggalkan agamamu."
Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah, dia masuk kedalam sambil
bertanya: "Apakah kelian sedang buat tadi dan siapa dia orang yang
suaranya aku dengar dari luar?" Iparnya menjawab:"Kami hanya
berbual-bual." Umar bertanya kepada iparnya "Adakah kamu juga telah
meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru?" Ipar Umar
menjawab:" Bagaimana pula agama baru itu lebih baik dari agama kita yang
lama itu?" Jawapan itu menyebabkan Umar memukul dengan kejam dan
menarik-narik janggutnya. Saudaranya yang datang hendak melerai mereka juga
dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan darah. Sambil menangis saudara
perempuannya berkata:"Umar! kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama
Islam. Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam Kau bebas melakukan
apa saja yang kau suka atas diri kami."
Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu atas perbuatannya terhadap
saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf yang
ditinggalkan oleh Khabbab tadi. Katanya:"Baiklah, tunjukkan masyaf-masyaf
ini." "Tidak," kata saudaranya.: "Badan kau tak bersih dan
orang yang tak bersih tak seharusnya memegang masyaf-masyaf ini."
Umar akhirnya membersihkan badannya dan mula membca masyaf-masyaf tadi. Surah
yang dibacanya ialah SURAH TAHA.Dia membaca dari
permulaan surah itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila ia
sampai ke ayat yang bermaksud:
"Akulah Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku."
Kata Umar: "Baiklah, bawa aku bertemu dengan Muhammad "
Mendengar kata-kata Umar itu Khabbab pun keluarlah dari tempat persembunyiannya
sambil berkata:"Ya Umar, ada berita baik untuk kamu. semalam (iaitu malam
Juma'at)Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa kepada
Allah s.w.t..: "Ya Allah,
kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal, siapa yang Engkau suka.".Nampaknya Allah s.w.t. telah
memilih engkau sebagai menunaikan permintaan Nabi
Muhammad s.a.w.
Umar telah menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan pada
pagi Juma'at dia telah memeluk agama Islam Pengislaman Umar merupakan merupakan
suatu pukulan yang hebat kepada puak musyrikin. Sungguh pun begitu bilangan
orang Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan puak musuh.
Kafir-kafir musyrikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk
menghapuskan orang-orang Islam serta agama
mereka. Dengan Islamnya Umar, kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang
mereka mendirikan sembahyang di Baitul Haram.
Kata Abdullah bin Masud: "Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan besar
kepada kaum Muslimin, perpindahannya menguatkan kami dan perlantikannya sebagai
Khalifah merupakan suatu keberkatan kepada kami.:"
PERPINDAHAN KE HABSHAH DAN PEMULAUAN DILEMBAH IBNU ABI TALIB
Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh kaum Muslimin semakin
bertambah-tambah. Baginda s.a.w akhirnya
membenarkan mereka meninggalkan Mekah. Negeri Habshah pada masa itu
diperintahkan oleh seorang raja Kristian (kemudiannya telah memeluk Islam) yang
masyhur dengan belas-rahim dan keadilannya. Dalam bulan Rejab, selepas selepas
lima tahun Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan
dakwahnya, kumpulan orang-orang pelarian yang pertama telah berlepas ke
Habshah. Kumpulan ini terdiri daripada lima belas orang lelaki dan lima orang
perempuan. Puak Quraish yang mengejar mereka tiba dipelabuhan selepas kapal
mereka bertolak. Setibanya mereka diHabshah , mereka mendengar khabar angin
yang mengatakan bahawa kesemua puak Quraish telah beriman dan menerima ajaran Islam. Kegembiraan mereka bukan kepalang. Mereka pun
memutuskan hendak kembali ketanah air mereka, tetapi apabila hampir-hampir tiba
keMekah mereka dapati yang berita angin yang mereka dengar semasa diHabshah
tidak benar sama sekali. Kempen mengganggu orang-orang Islam
tidak sedikit pun berkurangan. Oleh hal yang demikian setengah daripada mereka
terpaksa belayar kembali keHabshah sedangkan yang lainnya memasuki kota Mekah
dengan perlindungan orang-orang yang berpengaruh. Peristiwa ini dikenali dengan
'PERPINDAHAN KEHABSHAH YANG PERTAMA'. Tidak lama kemudian satu rombongan yang
lebih besar terdiri daripada lapan puluh orang lelaki dan lapan belas perempuan
telah berlepas keHabshah. Pemergian yang kedua ini disebut sebagai 'PERPINDAHAN
KEHABSHAH YANG KEDUA'. Ahli-ahli rombongan yang kedua ini termasuk juga
sebilangan kecil para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Pemergian orang-orang Islam keHabshah menimbulkan
kemarahan kafir-kafir Quraish. Suatu rombongan puak Quraish lengkap dengan
hadiah-hadiah yang akan diberi kepada Raja Habshah, pembesar-pembesar istananya
dan paderi-paderi Kristian telah berlepas kesana. Setelah pembesar-pembesar
istana disogok mereka dengan senang masuk keistana penghadapan untuk menemui
Raja. Mereka disujudkan dihadapan Raja sambil meletakkan hadiah-hadiah
didepannya.
Mereka pun berbicara: "Tuanku, sebilangan kecil orang-orang kami telah
meninggalkan agama mereka yang turun termurun dan telah memeluk agama baru yang
bertentangan dengan agama kami dengan agama kamu. Merka telah datang untuk
tinggal disini. Pembesar-pembesar Mekah, ibu bapa dan kaum kerabat mereka telah
menghantar kami untuk membewa mereka balik. Kami memohon Tuanku supaya mereka
diserahkan kepada kami."
Jawab Raja Habshah:" Kami tidak dapat menyerah orang yang telah diminta
perlindungan kami tanpa usul periksa. Biarlah mereka dibawa kehadapan kami
supaya dapat kami mengkaji hujah-hujah mereka. Kalau tuduhan kemurtadan yang
telah kamu melemparkan terdapat mereka itu benar kami akan serahkan mereka
kepada kamu."
Oleh Raja Habshah disuruhnya pegawai-pegawainya membawa orang Islam kebalai penghadapan.Orang-orang Islam itu berasa gelisah kerana tidak tahu apa yang
mesti diperbuat tetapi Allah s.w.t. telah
memberikan peransang. Sebaik-baik sahaja mereka sampai sampai dihadapan Raja
mereka menyampaikan salam kepadanya. Seorang pegawai istana telah membantah
mengatakan yang mereka tidak bersujud dihadapan raja. Mengikut adat kebiasaan
orang-orang Habshi mereka menerangkan:"Nabi kami telah melangkan kami
supaya bersujud kepada sesiapa melainkan Allah s.w.t."
Kemudian Raja Habshah telah menyuruh mereka membentangkan hujah-hujah mereka
sebagai mempertahankan diri dari pertuduhan puak Quraish. Jaafar r.a.hu bangun
lalu berucap:"Tuanku! Kami ini manusia yang jahil. Kami tidak mengenal Allah s.w.t. dan Pesuruh-pesuruhNya.Kami menyembah batu-batu, memakan bangkai serta
mengerjakan segala jenis kejahatan.Kami tidak menunaikan kewajipan kami
terhadfap kaum kerabat kami. Yang kuat diantara kami akan menindas yang lemah.
Akhirnya bangunlah seorang Nabi yang membawa pembaharuan didalam penghidupan
kami. Keturunan yang mulia, perangainya yang lurus dan kehidupannya yang
suci bersih diketahui umum.Dia menyeru kami supaya kami menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan perbuatan-perbuatan
syirik.Dia mengajar kami melakukan perbuatan yang Ma'ruf dan meninggalkan yang
Mungkar. Dia mengajarkan kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah,
menghormati kaum-kaum kerabat dan berbuat baik dengan jiran tetangga.
Daripadanya kami belajar sembahyang, berpuasa, berzakat dan berkelakuan baik.
Kami diajar supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan pertumpahan darah.
Dia melarang perzinaan, perbuatan-perbuatan lucah, bercakap bohong, memakan
harta-harta anak yatim dengan secara haram, mengada-adakan fitnah dan
sebagainya. Dia mengajar kami Quran dan Kitabullah yang mengkagumkan. Jadi kami percayakan
kepadanya, kami mengikuti jejak langkahnya dan menerima ajaran yang
dibawanya.Oleh kerana inilah maka kami telah menggangui dan disiksa dengan
harapan kami akan kembali kepada keadaan sediakala.Apabila kejaman orang-orang
kami melampui batas-batas perikemanusiaan, kami pun dengan doa restu Nabi kami
telah datang kemari untuk berlindung ditempat Tuanku."
Kata Raja Habshab:"Perdengarkan sedikit kuma Quran
yang telah kamu pelajari daripida Nabi kamu." Jaafar pun
membacalah ayat-ayat pada permulaan 'Surah Mariam'. Ayat-ayat yang dibaca
begitu mengharukan hati nurani para pendengar sehingga pipi mereka dibasahi air
mata."Demi Allah!" kata Raji
Habshah."Perkatan-perkataan ini dari perkataan-perkataan yang diturunkan
kepada Musa merupakan cahaya dari suatu sumber sinaran yang sama."
Menoleh kepada perwakilan puak Quraish, Dia berkata yang dia enggan menyerahkan
orang-orang pelarian itu kepada mereka.Sungguhpun orang-orang Quraish telah
berasa malu dan hampa namun mereka tidak mahu mengaku kalah. Mereka mengadakan
mesyuarat dimasa salah seorang daripada mereka telah berkata,:"Aku ada
satu rancangan yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan baginda terhadap
mereka."Rancangan ini tidak dipersetujui oleh rombongan-rombongan Quraish
yang lain. Mereka berpendapat bahawa jiwa orang-orang Islam akan terancam jika
ianya berhasil. Mereka tidak ingin membahayakan orang yang sedarah sedaging
dengan mereka. Tetapi orang mencadangkan itu tiddak mahu membatalkannya. Pada
esoknya, dipengaruhi pleh orang lain, perwakilan Quraish telah menghasut Raja
Habshah dengan menatakan yang orang perlarian Islam tidak
percaya yang Nabi Musa itu anak Allah s.w.t. Sekali
lagi orang-orang Islam dibawa menghadap raja.
Meraka gementar kerana ketakutan apabila ditanya mengenai pendirian mereka
tentang Nabi Musa a.s mereka dengan tegas menjawab: "Kami
percaya kepada kata-kata Allah yang telah
diturunkan kepada Nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanya seorang hamba dan Pesuruh Allah Kami juga percaya dengan kata-kata Allah s.w.t. yang telah disampaikanNya kepada Maryam"
Negus (Raja Habshah) berkata:"Demikian juga dakwah Isa mengenai
dirinya."Paderi-paderi yang mendengar kata-kata Negus bersungut-sunut
sebagai membantah tetapi dia tidak menghiraukan mereka. Dia mengembalikan
hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh perwakilan Quraish. Berpaling kepada
pelarian-pelarian Islam, dia berkata:"Pergilah hidup dengan aman.
Orang-orang yang menganiayai kamu akan menerima hukuman yang berat."Satu
pengistiharan diraja telah dirasmikan mengenai perkara ini. Rombongan Quraish
telah balik dengan perasaan sedih dan memalukan.
Kegagalan perwakilan Quraish dan kemenangan orang-orang Islam telah
menyebabkan pihak mushrikin Mekah bertambah berang..Api merahan mereka
telah bersemarak lagi apabila Umar telah memeluk agama Islam. Akibat kemarahan
yang berleluasa ini, suatu persidangan yang dihadiri oleh pemuka-pemuka puak
Quraish telah diadakan. Tujuan utama mesyuarat ini ialah hendak merancang
pembunuhan Baginda s.a.w. Mereka hendak
mengatasi masalah Nabi Muhammad s.a.w. dengan
sekali gus tetapi pembunuhan ini bukan satu perkara yang senang
diselenggarakan. Banu Hashim, puak Nabi Muhammad s.a.w.
sangat banyak bilangan ahli-ahlinya dan sangat kuat pengaruhnya
dikalangan bangsa Quraish. Sungguhpun banyak diantara mereka tidak
menganuti agama Islam mereka sudah tentu tak akan berdiam diri kalau salah
seorang daripada mereka dibunuh. Oleh hal yang demikian pemuka-pemuka Quraish
telah memutuskan hendak menjalankan pemulauan sosial keatas Banu Hashim. Mereka
telah menyusun satu dokumen dalam mana dinyatakan puak-puak Quraish lainnya
tidak akan bergaul dan berjual-beli dengan puak Banu Hashim selagi mereka tidak
menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w.untuk dibunuh.
Dokumen yang ditandatangi oleh pemuka-pemuka Quraish itu digantung di Kaabah. Pemulauan itu berjalan dan berkuatkauasa
selama tiga tahun dan selama itu pula Nabi Muhammad
s.a.w. dan puak Banu Hashim terkepung didalam satu lembah diluar Kota Mekah. Mereka tidak dibenarkan keluar dari lembah
itu dan tidak boleh berjual-beli dengan puak-puak Quraish yang lain hatta
dengan pedagang-pedagang asing sekalipun. Mereka yang melewati batas 'penjara'
mereka ataupun yang cuba membeli barang-barang makanan dipukul dengan
sekejam-kejamnya. Pemulauan ini sudah tentu mengakubatkan puak Bani Hashim
menghadapi kebuluran. Mujur juga ada sedikit makanan yang telah diseludup oleh
lelaki puak Quraish yang lain yang telah berkahwin dengan wanita-wanita Banu
Hashim. Penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat dibayangkan. Walau
bagaimanapun Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabatnya tetap teguh dengan keimanan mereka dan dalam keadaan yang tidak
menyenangkan ini sempat juga mereka menyaampaikan ajaran Ilahi kepada manusia
yang senasib dengan mereka.
Akhirnya selepas tiga tahun dengan khudrat dan iradat Allah
s.w.t. dokumen yang digantung diKaabah telah hancur dimakan oleh
anai-anai dan pemulauan yang dikenakan keatas Banu Hashim dengan sendirinya
terbatal.
Demikianlah dengan serba ringkasnya gambaran penderitaan yang telah
dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para
sahabatnya. Kita yang mendakwa kita sebagai pengikut-pengikut mereka patut
bertanya kepada diri kita sendiri menegenai usaha-usaha yang telah kita
jalankan untuk menegakkan Syariat-syariat Islam.
Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan dijalan Allah
s.w.t.? Kita ingin majukan duniawi dan
nikmat hidup ukhrawi tetapi kita lupa yang ini semua tidak mungkin diperolehi
tanpa pengorbanan dijalan Allah s.w.t.
KETAKUTAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEWAKTU BERLAKU
RIBUT
Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang membawa awan
hitam bertiup,wajah Nabi Muhammad s.a.w.
kelihatan pucat kerana takutkan Allah s.w.t.. Baginda s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah
sambil membaca doa berikut yang maksud: "Wahai
Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebajikan
angin ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang Engkau
kirimkan dengannya."
Kata Aishah lagi: "Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-tanda
kesukaan diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku
bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah, apabila
kelihatan semua orang merasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan
turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa cemas?" Baginda s.a.w.menjawab. "Ya Aishah, bagaimana aku
dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan
kemurkaan Allah s.w.t.? Kaum A'ad telah dihapus
oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat awan-awan hitam tetapi
bukannya hujan yang dibawa bahkan pembinasaan mereka sendiri."
"Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap
kelembah-lembah mereka, mereka berkata"Ini awan yang akan menurunkan hujan
keatas kita." "Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu mintaya
disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang pedih- yang binasakan
tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan
melainkan tempat-tempat mereka. Demikianlah kami balas kaum yang derhaka."
Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAH
AN-ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan
manusia selagi Nabi Muhammad s.a.w. ada
bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. tetap merasa takut. Bandingkan
pula perasaan Baginda s.a.w. dengan perasaan
kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut segelintir
sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang
lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.
AMAL PERBUATAN ANAS SEWAKTU RIBUT BERLAKU
Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah.
"Pada suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah menjadi
kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau lihat
perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasullullah
s.a.w.?" Dia menjawab:"Aku berlindung dengan Allah s.w.t.. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut
kami akan bersegera kemasjid takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."Abu
Darda bercerita: "Apabila angin kencang bertiup Nabi
Muhammad s.a.w. akan berasa cemas. Baginda
s.a.w. akan pergi kemasjid."
Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh umat Islam
sekarang sama ada dari golongan orang kebanyakan ataupun ulama. Mungkin mereka
tidak ketahui yang amalan ini merupakan satu sunnah
Baginda Rasullullah s.a.w.
RASULULLAH S.A.W. PADA MASA GERHANA MATAHARI
Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah
meninggalkan pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang
berlatih memanah berlari-lari menuju kemasjid untuk mengetahui apa yang akan
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat
panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu
Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis sambil
berkata:"Ya Tuhanku, engkau telah berkata
yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi aku berada bersama mereka dan
selagi mereka meminta keampunan engkau."
Disini terjelaslah yang Nabi Muhammad s.a.w.. merujuk
kepada ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Tetapi Allah tidak akan mengazabkan mereka selagi engkau
( Nabi Muhammad s.a.w.) bersama mereka dan DIA tidak akan
mengazabkan, mereka meminta keampunan." - (surah AL-ANFAL-33)
Kemudian dia mengucap kepada para jemaah:
"Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana
bulan atau matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku
ketahui tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa
seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah s.w.t. dan bersedekah kepada fakir-miskin."
TANGISAN NABI MUHAMMAD S.A.W. SEMALAMAN
Sekali, Nabi Muhammad s.a.w. telah
menangis semalam-malaman sambil mambaca berkali-kali dalam sembahyang Tahajjudnya ayat yang bermaksud:
"Jika Engkau siksa mereka maka
sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan
jika Engkau ampunkan mereka maka sesungguhnya Engkaulah yang maha kuasa dan bijaksana"
Tangisan seperti ini pernah sekali dilakukan oleh IMAM ABU HANIFA (RAHMATULLAH
ALAIHI) sambil membaca ayat ini yang bermaksud:
"Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang
berdosa"
Ayat ini membawa makna yang orang-orang yang mendurhakai Allah s.w.t. akan disuruh berpisah daripada mereka
yang berbakti kepadaNya dan tidak dibenarkan
bergaul dengan para salehin sebagaimana yang diperbuat oleh mereka didunia.
Mengenangkan peristiwa yang bakal berlaku ini, maka mereka yang bertakwa sering
menangis lantaran takut dimasukkan kedalam golongan yang mengengkari Allah s.w.t. pada hari Perhitungan
kelak.
CONTOH TAKWA YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH ABU
BAKAR
Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a.hu merupakan manusia yang paling tinggi
mertabatnya dikalangan para sahabat. Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukannya
yang utama diantara penguni-penghuni syurga yang maha mulia.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Nama Abu Bakar
akan diseru daripada segenap pintu syurga dan
dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya."
Namun demikian perasaan takutnya kepada Allah s.w.t.
tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata: "Alangkah baiknya kalau
aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api"
Kadang-kadang dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput
yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang
ternakan."
Pada suatu hari dia telah pergi kesebuah taman dimana ia lihat seekor burung
sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah kamu. Kau
makan minum dan bertebangan dibawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang
perasaan takut tentang hari perkiraan Aku ingin menjadi seperti
engkau,wahai burung."
Rabi'ah Aslami r.a.hu telah bercerita:
"Pada suatu hari saya telah bertentangan dengan Abu Bakar. Semasa
pertengkaran itu berjalan, dia telah mengeluarkan sepatah perkataan kesat
terhadap saya. Dengan serta-merta itu juga, dia telah menyedari akan kesalahannya
itu lalu berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu terhadap saya
sebagai tindakan balas."
Saya enggan berbuat demikian. Dia menggesa-gesakan saya supaya menggunakan
perkataan kesat tadi dan berkata hendak merujukkan perkara itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Saya tidak juga mahu mengalah.
Dia lalu bangun lalu meninggalkan saya. Beberapa orang ahli dari puak saya yang
menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orangnya, dia yang
melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Saya dengan segera menyampuk: " Kamu tahukah siapa dia? Dia adalah
Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi
Muhammad s.a.w. dan menyinggung Nabi Muhammad
s.a.w. bererti menyinggung Allah s.w.t., kalau perbuatan aku menyinggung Allah s.w.t., siapakah gerangannya yang akan
menyelamatkan aku?"
Saya pun bangun lantas pergi menghadap Nabi Muhammad
s.a.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w. saya
bercerita apa yang telah berlaku. Kata Nabi Muhammad
s.a.w.:"Keengganan kamu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena
pada tempatnya, tetapi untuk mengeluarkan penderitaan batinnya, kamu
sekurang-kurangnya dapat berkata: "Semoga Allah
s.w.t mengampuni kamu wahai Abu Bakar."
Begitulah takwa yang telah dipertunjukkan oleh Abu Bakar. Keengganannya
menerima pembalasan dialam akhirat menyebabkan
dia memaksa Rabiah Aslami supaya mengambil tindakan balas terhadapnya.
Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu sedemikian rupa
sehingga dia sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan harapan Nabi
Muhammad s.a.w. dapat menolong. Bagaimanakah pula perasaan kita, ummat
Islam kini selepas melakukan kesalahan yang seperti diatas? Kita seringkali
melakukan kesalahan tanpa perasaan takut akan pembalasan sama ada didunia atau
pun diakhirat nanti.
CONTOH TAKWA YANG DITUNJUKKAN OLEH UMAR
Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata:
"Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini."
Kadang-kala dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh
ibuku!"
Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba
datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan.
Oleh Umar dicemetinya orang itu dibahagian bahunya. Umar berkata: "Bila
aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk
dengan urusan penting engkau datang menggangui aku."
Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian
ia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya
Umar berkata: "Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi."
"Kata orang itu: "Saya mengampuni awak kerana Allah s.w.t."
Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali
kerumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik
dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah
tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t..
Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah
s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa
keatas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang
daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah
alasan yang hendak kamu berikan dihadapan Allah s.w.t.?"
Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada
suatu malam Umar sedang meronda disuatu tempat dipersekitaran kota Madinah
dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat
mereka berada. Dia berkata: "Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya
ada khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota
kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka."
Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah
seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang
secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.
Umar: "Mengapa kanak-kanak ini
menangis"
Perempuan: Kerana mereka lapar"
Umar: "Apa yang ada didalam cerek
itu?"
Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan
mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk
mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili
pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku didalam
keadaan begini."
Umar:(Menangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar
hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!"
Perempuan:"Orang yang menjadi
Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya."
Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung
dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit
wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam:
"Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam"
Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul
Mu'minin! Biar saya yang memikulnya"
Umar: "Apa! Adakah engkau yang
akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya kerana
akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini"
Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang
Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah
perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam
cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata
Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya"
Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan
kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun
bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun
berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi
ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak
memegang jawatan khalifah daripada Umar." Umar melipurkan
hati perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa
dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku disana."
Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari
situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam:"Kamu tahu
tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin melihat mereka
bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis
kelaparan."
Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH "KAHF, TAHA" dan lain-lain surah yang
hampir-hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis
sehingga tangisannya jelas kedengaran beberpa saf kebelakang. Pada suatu subuh
ketika membaca ayat SURAH "YUSUF" yang
bermaksud:
Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah.
(SURAH
YUSUF-86)
Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan
pembacaannya.
Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya
dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan
kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat
mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t. dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang
Raja atau Pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada
seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh
Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang
dikehendaki oleh Islam, Agama yang kita semua akui sebagai
penganut-penganutnya.
TEGURAN OLEH ABDULLAH BIN ABBAS
Diceritakan oleh Wahab bin Munabbah:
"Abdullah bin Abbas telah kehilangan penglihatannya semasa ia telah tua. Pada
suatu hari aku telah memimpininya ke Masjidil Haram.
Disana ia telah menedengar beberapa orang sedang bertengkar dengan suara yang
lantang. Dia meminta supaya aku membawanya kehadapan mereka. Dia pun memberi
salam kepada mereka, selepas membalas salamnya mereka mempersilakan ia duduk
sambil melahirkan keengganannya berbuat demiakian, dia pun berkata:
"Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah s.w.t. yang sebenar-benarnya. Mereka adalah
manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah
s.w.t... Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat menggunakan
bahasa dengan fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah s.w.t.. maka mereka tidak dapat memperkatakan
sesuatu yang sia-sia. Apabila mereka tiba keperingkat keimanan yang demikian
rupa maka mereka segera kearah kebaikan. Mengapakah kamu sekelian telah
menyeleweng dari jalan ini? Selepas peristiwa ini aku tidak melihat manusia
berkumpul di Masjidil Haram."
Kisah Abdullah bin Abbas ini menunjukkan kepada kita suatu jalan yang
sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan. Caranya ialah dengan memikirkan tentang
kebesaran Allah s.w.t. Kalau ini dapat dilakukan
maka lain-lain perbuatan yang baik dapat dilakukan juga dengan senang dan penuh
kejujuran.
GERAKAN BALA TENTERA MUSLIMIN KE TABUK
Sampai pula berita kepada Nabi Muhammad s.a.w.
bahawa tentera Rumawi sedang berkumpul hendak datang menyerang. Tanpa
membuang masa Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengerahkan kaum Muslimin untuk menyiapkan segala alat kelengkapan berperang.
Kebetulan pada masa itu orang sedang menghadapi musim kemarau yang dahsyat.
Oleh kerana tentera musuh yang bakal dihadapi itu besar dan kemungkinan
mengalami berjenis-jenis kesukaran itu banyak. Orang-orang mewah dan agak
berada serta senang hidupnya, Nabi Muhammad s.a.w.. galakkan
menghulurkan pertolongan membekalkan mereka yang susah
Pada masa itu Abu Bakat r.a.hu telah mendermakan segala hartanya. Apabila
ditanya apa yang tinggal kepada keluarganya, ia menjawab:"Aku tinggalkan Allah s.w.t. dan RasulNya
kepada mereka."
Umar r.a.hu telah mendermakan separuh dari harta kekayaannya sedangkan
Usman r.a.hu telah membekalkan alat kelengkapan perperangan untuk sepertiga
daripada semua tentera Muslimin. Tiap-tiap sepuluh orang askar dibekalkan
dengan seekor unta sahaja disebabkan kekurangan binatang ini. Oleh sebab inilah
maka gerakan ketenteraan ini dinamakan "KEMPEN
KEPICIKAN".
Tentera-tentera Muslimin terpaksa berjalan jauh dalam cuaca panas terik
membakar ketempat yang ditujui. Kebetulan pada masa itu kebun-kebun mereka
penuh dengan buah-buah tamar yang telah masak. Ini merupakan ujian Allah s.w.t. terhadap mereka. Tiba-tiba mereka diseru
untuk menghadapi musuh yang paling gagah sebagai menguji keimanan mereka.
Natijah keimanan mereka yang teguh inilah maka mereka tidak ingin ditinggalkan
diMadinah kecuali kaum wanita, kanak-kanak, orang-orang munafik dan mereka yang
tidak ada kenderaan. Ada diantara mereka yang menangis-nangis kerana tidak
dapat menyertai Nabi Muhammad s.a.w. dan
tentera-tentera Muslimin yang lain. Mengenai orang-orang ini Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"MEREKA BERPALING SEDANG MATA MEREKA
MENGALIR AIRMATA KERANA SEDIH YANG MEREKA TIDAK ADA KEMAMPUAN YANG BOLEH MEREKA
BELANJAKAN"
Diantara mereka-mereka yang beriman hanya tiga orang sahaja yang tidak
menyertai tentera Muslimin tanpa sebarang alasan.(Kisah
mereka akan dibentangkan sekejap lagi).
Sementara itu dalam perjalan para tentera Muslimin keTabuk, tentera Muslimin
telah sampai ke perkampungan Thamud. Disini Nabi
Muhammad s.a.w. telah menutupi wajahnya sambil mempercepatkan
perjalanannya. Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan
supaya para sahabatnya berbuat demikian juga. Nabi Muhammad
s.a.w. menasihatikan mereka supaya menangis dan takutkan penyiksaan Allah s.w.t. agar Allah
s.w.t. tidak mengenakan siksaan keatas mereka seperti mana yang
dikenakan keatas Thamud.
Lihatlah sikap yang dipertunjukkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya ketika melalui perkampungan Thamud
yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t. Beginilah
pula sikap yang seharusnya dimiliki oleh kita, tetapi kebanyakkan kita tidak
merasa sedih atau takut apabila menghadapi sesuatu malapetaka atau bencana
alam. Sebaliknya kita mengadakan pesta keramaian ditempat berlakunya sesuatu
kecelakaan itu
KISAH TIGA ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI
NABI KE TABUK
Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan keTabuk
boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi
orang-orang lain supaya berbuat demikian.
Kata mereka: "Janganlah berpergian dalam
keadaan panas" (SURAH AT-TAUBAH ayat 81)
Allah s.w.t. menjawab: "API NERAKA LEBIH PANAS LAGI"
Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah dikatakan tadi,
hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah
Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah tidak
bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya
kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia
menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu daripada ini
dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Disini dia
telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah s.w.t.. Apabila dia menyedari kesalahannya dia
mendermakan kebunnya kepada orang. Akan Hilal pula dia sibuk mendampingi kaum
keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu beberapa
ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa peperangan
yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah melakukan kesalahan mementingkan kaum
keluarga nya daripada Allah s.w.t.. Setelah menyedari
kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan dengan kaum kerabatnya. Mengenai
Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang diceritakan olehnya sendiri. Cerita
Ka'ab ini terkandung didalam semua buku-buku Hadis. Katanya:
"Semasa berlaku gerakan keTabuk keadaan hidup aku agak mewah.Aku
mempunyai dua ekor unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah
memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka memberitahu
kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi
sekali ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim
kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa
menceritakan segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan
sempurnanya. Orang-orang yang bakal memnyertai pergerakan keTabuk terlalu banyak sehingga tidak mungkin diketahui
nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui nama-nama
meraka yang tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w..
Pada ketika itu kebun-kebun diMadinah telah penuh dengan buah-buah yang telah
masak.Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar
dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah bagaimana keazaman saya itu
tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui benar-benar yang saya dapat menyertai
mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang demikianlah maka berita
mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai kepengetahuan saya. Saya
masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap
sedia dalam sehari-dua."
"Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan sehingga
tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba diTabuk. Dalam keadaan
yang demikian pun saya masih juga menangguh-nangguh.Tiba-tiba apabila saya
melihat orang-orang yang tertinggal diMadinah saya menyedari yang kebanyakkan
daripada mereka ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah
sengaja diuzurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana
sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad
s.a.w. keTabuk, Baginda s.a.w. pun
bertanya: 'Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?" Jawab salah seorang daripada
para sahabat: " Ya Nabi Muhammad s.a.w.,
kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia
tertinggal kebelakang.' Maaz mencelah sambil berkata:"Tidak, Ini tidak
mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengeluarkan sepatah
katapun."
Ka'ab meneruskan ceritanya:
"Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan
Nabi Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi
oleh perasaan sedih dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang
mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
mengelakkan kemurkaan Baginda s.a.w.
terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada
orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi akhirnya
alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak bercakap
benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah menjadi
kebiasaan Rasulullah s.a.w.., apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. akan singgah dimasjid untuk
mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya.
Pada ketika ini datanglah orang munafik bersumpah-sumpah sambil memberi
sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi
Muhammad s.a.w. keTabuk. Nabi Muhammad
s.a.w.menerima saja alasan-alasan yang diucapkan oelh lidah-lidah mereka
sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah
s.w.t.untuk membereskannya. Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam kepada Baginda s.a.w.. Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya kearah lain. Saya
berkata:" Wahai Rasulullah ,Tuan
memalingkan muka Tuan dari saya.Demi Allah s.w.t.,
saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya." Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu bertanya:
"Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?" Saya
menjawab: "Ya Rasulullah s.a.w., kalau
kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai
kerana Allah s.w.t. telah mengurniakan saya
dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat memberi
keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah s.w.t. akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya
menimbulkan kemarahan Tuan dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun
kemarahan Tuan itu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t.
. Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah s.w.t.
saya tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya
mewah." Kata Nabi Muhammad s.a.w."Dia
sedang bercakap benar." Kemudian Baginda s.a.w
berkata: "Pergilah kamu dan Allah s.w.t..
akan menentukan sesuatu bagi kamu."
Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w..
orang-orang dari puak saya telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar
dihadapan Rasulullah. Kata mereka: Kamu sebelum
ini tidak pernah melakukan sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi
satu-satu alasan yang sesuai, kamu meminta Nabi
Muhammad s.a.w. berdoa untuk diampunkan oleh Allah
s.w.t., yang demikian itu sudah tentu mencukupi. "Kemudian saya
bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka
menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah
mengakui kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahui yang
mereka ini adalah penganut-penganut agama Islam yang sejati dan telah
mengambil bahagian dalam Peperangan Badar. Nabi
Muhammad s.a.w. sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan.Tidak
ada seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa
itu saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau orang. Kawan-kawan
berkelakuan seperti orang asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau
saya mati Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan
mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda
s.a.w. wafat sudah tentu pemboikotan yang dikenakan keatas saya
akan berterusan sehingga keakhir hayat saya. Kawan-kawan saya yang berdua itu
tidak menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan saya memberanikan diri
dengan berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak
dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri
menghampiri Nabi Muhammad s.a.w. sambil
memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh harapan.Kerapkali
selepas menunaikan solat fardhu saya akan menunaikan solat sunnat berhampiran
dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ingin
mengetahui sama ada Baginda s.a.w. akan
memandang saya atau tidak. Ya, Baginda s.a.w.
memandangkan saya semasa berada dalam sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan pandangannya dari
saya."
"Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai
pemulauan sosial yang dikenakan keatas saya, saya telah memanjat tembok kebun
sepupu saya,Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak
menjawab. Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya
bertanya:"Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya?"
Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya
baharulah dia menjawab:" Hanya Allah s.w.t.dan
RasulNya yang mengetahui." Mendengar
jawapannya itu saya menangis lalu meninggalkannya."
"Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya
terpandang akan seorang Kriastian bangsa Mesir yang telah datang dari Sham.
Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai disitu
menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan sepucuk surat
daripada Raja Keristian yang memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi:" Kami
telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan
hina dan malu. Eloklah kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala
pertolongan kepada kamu." Apabila saya membaca surat ini saya
mengucapkan:"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN."
Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya
akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan segala kecelakaan yang menimpa diri
saya. Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu kedalam api dan saya pun
terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kata
saya:"Ya Rasulullah s.a.w., saya telah
tergelincir didalam jurang kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan orang-orang
kafir menyangka yang saya akan murtad."
"Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi Muhammad s.a.w. mendatangi saya dengan membawa
satu perintah baru dari Nabi Muhammad s.a.w. Saya
diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu
sama ada isteri saya terpaksa diceraikan. Dia hanya menmyuruh saya berpsah dari
isteri saya. Perintah yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yg berdua itu.
Kata saya kepada isteri saya:"Pergilah kamu tinggal bersama-sama
orangtuamu sehingga Allah s.w.t. menetukan
sesuatu bagiku." Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengadu kepada Baginda s.a.w :"Ya
Rasulllah,Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau
aku meninggalkannya sudah tentu dia akan mati. Izinkan aku supaya
menjagainya."Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:
"Baiklah tetapi jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri
Hilal:"Ya Rasulullah ,dia sudah tidak ada
keinginan semenjak pemulauan dikenakan keatasnya. Dia menghabiskan masanya
dengan menangis."
Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya
tinggal bersama-sama saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih
muda sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan
yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima
puluh hari.
Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung rumah
saya, setelah melakukan Solat Faja, saya
terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita gembira
buat kamu ya Ka'ab." Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun
bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.. Saya tahu yang saya telah perolehi
keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi Muhammad
s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah s.w.t.
kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu.Kemudian datang pula seorang
penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat
sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat dibadan saya kepada
pembawa berita gembira itu.Pada masa itu saya hanyai miliki pakaian yang sedang
saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat
saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila saya tiba dimasjid
orang-orang yang sedang berbual-buak dengan Rasulullah
s.a.w. datang menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan
tahniah. Orang yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah
Talhah.Kemudian saya pun menyampaikan salam kepada Nabi
Muhammad s.a.w. . Muka Baginda s.a.w.
berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda s.a.w. :"Ya Rasulullah,
saya bercadang hendak mendermakan semua harta saya sebagai mengucapkan syukur
kepada Allah s.w.t. yang telah sudi menerima
taubat saya." Baginda s.a.w.. berkata:
"Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk kepentingan
dirimu." Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan yang diperolehi
dalam Peperangan Khaibar."
"Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak
bercakap benar pada setiap masa."
Kisah diatas dengan jelas menunjukkan sifat-sifat yang sepatutnya terdapat pada
semua penganut-penganut Islam yang bernar-benar beriman.
1) Pentingnya berusaha dijalan Allah s.w.t.
Orang yang selama ini telah mematuhi segala perintah Allah
s.w.t. dan yang telah menyertai semua peperangan menetang musuh pun
terpaksa menanggung penderitaan akibat kesalahan yang dilakukan hanya sekali
sahaja.
2) Kepatuhan menjunjung perintah Nabi Muhammad s.a.w. Selama
lima puluh hari masyarakat Islam termasuk kaum kerabat dan sanak saudara serta
sabahat handai mereka sendiri telah memulau Ka'ab dan kawan-kawannya pula telah
menjalani hukuman dengan pebuh ketaatan. Dengan lain-lain perkataan, yang
memulau pada suatu pihak dan yang kena pulau disuatu pihak yang lain masing-masing
mematuhi arahan Nabi Muhammad s.a.w.
3) Keimanan yang teguh Ka'ab telah menerima surat dari seorang raj Kristian
yang cuba mempengaruhinya supaya melakukan kemungkaran. Perkataan-perkataan dan
perbuatannya selepas menerima surat itu merupakan bukti yang nyata mengenai
keteguhan imannya.
Sekarang marilah kita memeriksa perbadi kita sendiri untuk menentukan banyak
atau sedikitnya kepatuhan yang terdapat pada diri kita. Adakah kita mematuhi
segala perintah-perintah Allah s.w.t.? Adakah
kita mendirikan sembahyang- Perintah Allah s.w.t. yang
paling sedikit memakan belanja? Adakah kita berasa sedih apabila
meninggalkannya?
NABI MUHAMMAD S.A.W. MEMARAHI SAHABAT-SAHABAT
YANG KETAWA
Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w. sampai
kemasjid untuk mendirikan solat, Baginda s.a.w. dapati
beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa. Baginda
s.a.w. berkata: "Kalau kamu selalu mengingati maut sudah tentu aku
tidak mendapati kamu semua dalam keadaan demikian. Pada setiap masa kamu hidup
kamu mesti mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan memekik mengatakan:' Aku ini merupakan semak samun. Aku dipenuhi dengan debu. Aku
ini penuh dengan serangga. '
Apabila seorang mukmin dikebumikan didalamnya, bumi berkata 'Aku ucapkan selamat datang kepada mu. Diantara manusia yang
bertebaran atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh
hatimu kerana mahu memasuki ku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan
hatimu?'
Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang. Sebuah pintu syurga terbuka
dihadapannya. Melalui pintu inilah bau-bauan yang semarak harumnya menyusupi
lubang hidungnya.
Tetapi apabila seorang yang jahat dimasukkan kedalamnya, bumi akan berkata:'Tidak ada kata alu-aluan buatmu. Diantara manusia yang hidup
didunia, engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layanan aku
terhadapmu.'
Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya saling bertikam
tikaman dan berselisih antara satu sama lain. Sebanyak tujuh puluh ekor ular
akan mematuknya sehingga hari kiamat.Ular-ular ini terlalu berbisa hinggakan
kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya dipermukaan bumi maka sehelai rumput
pun tidak akan tumbuh.Kemudian Nbi Muhammad s.a.w berkata:
"Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."
Sifat takut kepada Allah s.w.t. pasti terdapat
pada manusia yang benar-benar beriman. Sifat takut ini dapat diwujudkan dan
dipupuk sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan
kita sehari-hari dapat mengingati akan MATI !!!
TAKUTNYA NIFAK YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH
HANZLAH
"Kami berhadapan dengan Nabi Muhammad
s.a.w.. apabila Baginda s.a.w. berkhutbah
pada suatu hari. Kutbah Baginda s.a.w.. menakutkan
hati kami. Kami mencucuri airmata mengenangkan keadaan kami pada masa itu,
kemudian saya pun kembali kerumah menemui anak dan isteri saya. Ditengah-tengah
kesibukan kami sekeluarga, kesan kuthbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebentar tadi semakin hilang.
Saya menyedari yang keadaan saya telah berubah. Kalau tadi saya berdukacita
kini saya berasa gembira.Tiba-tiba saya berkata didalam hati saya:"Oh
Hanzlah, engkau ini seorang munafik." Perasaan hiba yang menyelubungi
fikiran saya yang tidak dapat dibayangkan. Saya meninggalkan rumah saya sambil
berkata: "Hanzlah telah menjadi seorang munfik." Apabila saya menemui
Abu Bakar saya meneruskan kata-kata saya tadi. Katanya: "Subhanallah! Apa
yang kamu katakan ini. Hanzlah tidak mungkin menjadi seorang munafik."
Saya menceritakan segala-galanya kepadanya. Kata saya:"Semasa kita
mendengar kutbah Nabi Muhammad s.a.w. tadi
terasa oleh kita bahawa syurga dan neraka seolah-olah berada dihadapan kita,
tetapi apabila balik bertemu dengan keluarga kita dirumah, kita melupakan
kampung akhirat." Kata Abu Bakar: "Ya, keadaan aku pun demikian
juga." Kemudian kami bersama-sama menuju ketempat kediaman Nabi Muhammad s.a.w.
Kata saya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Rasulullah, saya telah menjadi munafik." Setelah
mendengar penjelasan saya Nabi Muhammad s.a.w..:"Demi
Allah , yang jiwaku ditanganNya, seandainya kamu dapat memeliharakan
selama-lamanya keghairahan yang diwujudkan dalam sanubari kamu semasa berada
disisiku, sudah tentu para malaikat akan mengucap selamat kepadamu semasa kamu
berjalan dan semasa kamu tidur, tetapi wahai Hanzlah, ini adalah satu perkara
yang jarang-jarang berlaku."
Menurut pendapat Nabi Muhammad s.a.w. walau
bagaimanapun teguhnya keimanan seseorang, dia tidak dapat menumpukan segala
tenaganya terhadap urusan 'Ukhrawinya' semata-mata kerana sebagai seorang manusia
dia terpaksa bertanggung jawab terhadap urusan-urusan'Duniawi' yang lain.
Walaupun ada manusia yang boleh berbuat demikian sudah tentu bilangan mereka
itu terlalu kecil. Namun demikian, kita hendaklah memupukkan perasaan yang akan
membolehkan kita sentiasa mencurigai tentang keteguhan iman kita sepertimana
yang telah dipertunjukkan oleh sahabat Hanzlah.
GERAKAN TENTERA AL-AMBAR
Nabi Muhammad s.a.w. telah mengerahkan
satu ketumbukan tentera Muslimin yang terdiri daripada tiga ratus orang.
Tentera yang diarahkan kesebuah tempat berdekatan dengan pantai diketuai oleh
Abu Ubaidah. Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi
sekarung buah tamar sebagai bekalan makanan mereka. Belum pun genap lima belas
hari, makanan yang mereka bawa telah kehabisan. Qais r.a.hu sebagai usaha
kearah mengelakkan daripada kelaparan telah membeli tiga ekor unta tiap-tiap
hari daripada orang-orangnya sendiri untuk menjadi hidangan para mujahid sekelian. Ini bermakna yang alat pengakutan
mereka semakin berkurangan tiap-tiap hari. Abu Ubaidah telah mengarahkan supaya
penyembelihan unta dihentikan dengan serta merta. Dia mengumpulkan buah tamar
yang masih ada pada tiap-tiap seorang lalu menyimpannya didalam sebuah bekas.
buah-buah ini lah dicatukan sebanyak sebiji kepada seorang, tiap-tiap hari.
Apabila Jabir r.a.hu menceritakan kisah ini kepada orang, salah seorang
daripada pendengar-pendengarnya telah bertanya: "Bagaimana kamu hidup
sehari suntuk dengan sebiji kurma?" Jabir r.a.hu menjawab:" Setelah
beberapa lama yang sebiji itu pun tidak diperolehi. Kami telah mendekati
pinggir kbuluran. Kami terpaksa menyirami daun-daun kayu dengan air dan
kemudian memakannya."
Tiba-tiba Allah s.w.t. seperti biasa telah
mencucuri rahmatNya keatas orang yang tahan
penderitaan. Seekor ikan besar yang bernama AMBAR telah terlempar dari laut
lalu jatuh keatas pantai.Ikan itulah yang menjadi makanan mereka selama lapan
belas hari. Yang bakinya dibuat bekalan dalam perjalanan mereka balik
keMadinah. Apabila peristiwa ini diceritakan kepada Nabi
Muhammad s.a.w., Baginda s.a.w. berkata:
"Ikan itu ialah bekalan yang dikurniakan oleh Allah
s.w.t. untuk kamu semua." Nabi Muhammad
s.a.w. telah bersabda: "Penderitaan yang paling pahit disediakan
kepada para Nabi dan kemudian kepada mereka-mereka yang paling baik dikalangan
Muslimin lainnya."
Kesusahan dan pederitaan hidup adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia
sehari-hari. Kepada orang yang mempercayai Allah s.w.t.
kesusahan merupakan suatu ujianNya.
Ujian yang dihadapkan kepada seseorang insan itu seimbang dengan kedudukannya
disisi Allah s.w.t. Paling dekat dengan Allah s.w.t.., paling dahsyatlah ujian yang bakal
diteimanya. Orang yang lulus ujianNya akhirnya
menerima rahmat keselesaan hidup dan ketenteraman jiwa dari sisiNya.
Referensi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar